Monday, November 2, 2009

Dari naluri hati...

- Diam tak diam dah masuk bulan November. November merupakan bulan istimewa bagiku dan harapan ku agar ia membawa sinar yang menggembirakan.


- Bella sedang hadapi peperiksaan tahun akhirnya...Kasihan dia. Guru tuition nya bersikap indah tak indah sahaja. Selalu marah-marah dan tidak menepati jadual kedatangan. Aku pun dah naik bosan dengan sikapnya. Setelah habis exam aku akan hentikan sahaja lah khidmatnya. Tahun depan akan ku cari yang lain aje. Bella memang bukan seorang murid yang bijak tetapi itu bukan bermakna dia boleh bersikap begitu.

- Dilemma yang ku hadapi bertambah berat...bagaimana hendak mengatasinya???? Semoga Allah melindungi kami semua.




- Bella akan mengikuti rombongan sekolah nya ke Melaka pada 14-16 November ini. Dia kan ahli pancaragam sekolah dan di pilih untuk ikut serta. Sebenarnya berat hatiku nak melepas kan si bungsu ni pergi....she is toooo small to me!!! Help!!!! Bagaimana makan minum nya...pakaiannya..aduhai...

- Oleh kerana aku rasa terlalu bimbang..rasanya mungkin akan turut serta ke Melaka...teruk ah...

Tuesday, October 13, 2009

When true love comes..........




credits: loving.com

Friday, September 25, 2009

Suatu hari di pagi Syawal







Suatu hari di pagi Syawal, selepas suami pulang dari solat Hari Raya, kami bersiap untuk pergi menziarah bonda tersayang yang sedang di rawat di NUH. Sedih bila mengenangkan buat pertama kali dalam hidup kami, beraya di hospital. Kami beraya serba sederhana sahaja.

Assalammualaikum - Rumah baru Norabella

Salam sejahtera,

Sempena Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan untuk pindah ke rumah baru dengan azam baru, tekad baru, semangat baru....


SELAMAT DATANG KE....NALURI HATI....NORABELLA